Friday, June 5, 2009

Masa Kecil 2

sebagai anak lelaki, bergaduh adalah satu kemestian. dalam kelas selalu cabar mencabar, kemudian balik sekolah bergaduh. dekat dengan kawasan kubur sekolah aku. kat situ kami bergasak. kemudian mandi sama-sama. masa sekolah main bola sepak lawan budak darjah 2, masa tu kami di darjah satu. lawan punya lawan, pasukan kami menang. berlarutan dendam budak darjah 2 dengan kami sampailah kami darjah 3. hari-hari buat muka monyet kat kitaorang. hbs sekolah je, gaduh dengan senior.

pernah member tanya aku, kenapa tak panggil ustaz aku tu pakcik. aku jawab la.. kat rumah panggil pakcik tetapi di sekolah kena panggil ustaz. ustaz adalah adik mak aku. mengajar sekolah tu. jadi pergerakkan aku kadang-kadang terbatas. pakcik aku garang bukan sahaja di sekolah tetapi jugak di rumah. seriau aku jadinya.

nasi lemak makcik kantin hanya 20sen masa tu. tahun 1987. nasi berlauk pun 20 sen. best sangat nasi berlauk masa tu. beli waktu pagi, kemudian makan waku rehat. itulah nasi berlauk paling sedap. nasi berlauk pak muda nor. hehehe. kadang-kadang nasi tu basi. tak boleh makan.
sekarang nasi di kantin takde la sampai 20 sen macam dulu. semakin maju dan kehadapan negeri kita, semakin barang akan naik harga. bawa duit ke sekolah hanya 30 sen je. tetapi selalu aku curik duit dalam tabung kedai mak aku. mak aku bagi 30 sen, tetapi aku ambik 70 sen lagi dalam kedai. bila teringat balik... baru aku sedar betapa nakalnya aku masa tu.

di sekolah, main pondok-pondok adalah salah satu aktiviti wajib untuk kami kelas 1. siap main kawin-kawin dalam kelas. ade pengapit dan pengantin. pasangan zul dan norizan jadi pasangan paling istimewa. diorang kena gosip sampai la aku pindah sekolah.

No comments:

Post a Comment