Showing posts with label Masa Kanak-Kanak 1. Show all posts
Showing posts with label Masa Kanak-Kanak 1. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Masa Kecil 1

alam kanak-kanak adalah alam paling indah. kadang-kadang aku rasa nak balik semula ke zaman kanak-kanak. Tak perlu nak fikirkan pasal Duit, Gaji, Kereta. Main-main dan main je. Masa tu aku tinggal di pantai sri tujuh, tumpat kelantan. Dekat dengan pantai. Boleh di katakan tiap-tiap tahun ade pertandingan Wau antarabangsa. Aku ikut atuk aku pergi pesta wau, tengok orang main gasing. kemudian lepak atas pasir pantai tengok orang naikkan wau dan layang-layang. Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Helang. di kelantan semua jenis wau atau layang-layang kita sebut wau je. tetapi di johor sebut layang-layang. benda sama je.

Kemudian ade sawah padi belakang rumah, tempat aku berkubang cari ikan laga, ikan sepilai. Penuh bawah rumah aku botol-botol ikan yang aku tanam. kawan-kawan aku cakap kalau tanam botol yang ade ikan laga dalam tanah nanti ikan jadi garang. satu lagi, air dalam botol tak boleh penuh sangat, nanti ikan di jilat cicak. boleh mati ikan laga kita.

seronok cari ikan laga, tetapi bahan yang menunggu kat rumah lagi seronok. sampai je rumah, penyapu lidi jadi hiasan kat betis aku. huhuhu, kena piat (pukul) dengan mak aku. kalau mak aku pergi ambik barang kat takbai (thai) nenek aku akan ambil bahagian. kalau nenek aku piat aku, aku suka sebab masa dia piat aku, aku boleh lompat-lompat. jadi dia pukul tak kena. kalau ngan mak aku.. say sorry la. memang garang. adik aku yang jadik pengikut aku pun kena piat sama. lepas dapat hiasan di betis.. baru boleh mandi.

aku sekolah di sekolah kebangsaan sungai tapang, tumpat. huhuhu dekat dengan sungai sekolah aku. asal balik sekolah je, mandi sungai. aku memang tak pandai berenang masa tu, tetapi sebab member- member bodek aku, aku terjun je la. best mandi sungai ni. Bila aku balik kampung sekarang sungai tu dah tak terjaga. penuh dengan pokok kiambang. mak aku punya ilmu senang je, kalau nak tahu aku mandi sungai atau tak.. bila tengok mata aku merah. memang la, mandi sungai mata kena bukak. bila banyak masuk air, mata pun merah. jadi kena la hiasan di betis. itupun tak serik-serik jugak.

aku ade 3 orang kawan baik, stopa(Nasir bin Ya), piji(Hasani Khudri bin Majid) dan zul(Zulkifli Bin Alias). satu geng dan satu kelas. rumah dekat-dekat je. selalu kami mencari ikan laga bersama-sama. lepas tu ajak berlawan ikan. seronok bila tengok ikan laga tu kembang, warna warni. kalau di fikir sekarang, betapa besarnya dosaku... satu lagi hobi yang istimewa ialah lastik burung. burung ngobok(merbuk), titir(ketitir), lebar(Gembala Kerbau) antara burung kegemaran kami untuk di lastik. bukan makan pun kalau kena. bila lastik kena, mati burung tu. rasa menyesal kejap, lepas tu buat balik.

Tujuan Aku

Hari pertama aku menulis Blog, member aku bukak lagu e.y.e - izinkan selamanya namamu di hati tadi.. sayu plak rasa bila dengar lagu lama-lama ni. Dulu layan giler lagu jiwang-jiwang ni. sampai buku sekolah pun aku penuhkan dengan nota lirik lagu. bazir duit je....

Tujuan aku buka blog ni;

1.Nak cari kawan-kawan Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, tahun 1996-1997 kursus elektrik. antaranya Faizal, Nazri, Pubalan, Hezri, Norizan, Mina, Jeffree, Aryati Sarah dan ramai lagi. Nanti aku uploadkan gambar masa sekolah dulu.

2. Nak kumpulkan kembali kawan-kawan sekolah Menengah Tengku Indra Petra Gua Musang tahun 1993-1995(budak kelas 1 s 2, 2 s 1 dan 3 s 1)

3. budak kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah tahun mei 2001 hingga Dis 2005...

4. Budak-budak Universiti Kuala Lumpur pengambilan ke 3. Bachelor (Hons) Networking System tahun 2006-2008.

5. Nak kongsikan pengetahuan aku pasal herba-herba tradisional